Pages

Saturday, 8 December 2018

Diri

Manusia,

Apa yang engkau cari dengan menghebohkan diri sendiri?
apa kau mahu disanjung?
apa kau mahu dihormati?
apa kau mahu disukai?
apa kau mahu dipuja dan dipuji?

Wahai manusia,
tahukah engkau
bahawa hidup ini hanya sementara.
dunia ini penuh fitnah
tatkala kau hebohkan diri mahu diketahui
ada yang iri hati, menfitnah kerana benci
yang tidak kau nampak pada mulanya
yang akan terbit pabila tiba waktunya.

Manusia, waspadalah.
Mata manusia tak semuanya seperti lebah
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Di mulut kata puji, di hati kata benci.
Usahlah terlalu menunjukkan diri.
Biar orang nampak runduk, tapi sebenarnya berisi.

No comments:

Post a Comment