Pages

Saturday, 8 December 2018

Sudah 21.

21 tahun,
apa maknanya?
.
.
.
is in adulthood stage 1
almost 2 years to finish degree
can decide and choose
have enough living skills to live
independent
.
.
.
but, do I reach my standards?
with so many lacking.
with so many loop in my spontaneous speeches.
with so many....childish acts.
.
.
Please pray that I get my driving license in january 2019 .

Diri

Manusia,

Apa yang engkau cari dengan menghebohkan diri sendiri?
apa kau mahu disanjung?
apa kau mahu dihormati?
apa kau mahu disukai?
apa kau mahu dipuja dan dipuji?

Wahai manusia,
tahukah engkau
bahawa hidup ini hanya sementara.
dunia ini penuh fitnah
tatkala kau hebohkan diri mahu diketahui
ada yang iri hati, menfitnah kerana benci
yang tidak kau nampak pada mulanya
yang akan terbit pabila tiba waktunya.

Manusia, waspadalah.
Mata manusia tak semuanya seperti lebah
Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Di mulut kata puji, di hati kata benci.
Usahlah terlalu menunjukkan diri.
Biar orang nampak runduk, tapi sebenarnya berisi.

Wednesday, 27 July 2016

This is where I am right now.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Akhirnya, aku kembali semula ke dunia blogging ini setelah hampir setengah tahun menyepi. Blog aku yang lama tu aku dah delete. Kepada mereka yang baca blog aku, Thank you banyak2. Minta maaf lah ye kalau kandungannya sangat kurang ilmiah dan penuh kemerapuan. So ini blog baru aku. Ye ye, aku tahu takde orang ambil kisah. Tapi saje jela bagitahu, in case ada orang kisah ke kan kan kan *muka mengharap*

Sebab post ni adalah post pertama bagi blog ini, aku berhajat nak tulis panjang sikit. Nak cerita pasal tempat belajar aku sekarang. Di manakah ia? Jeng jeng jeng..

----

Aku mula daftar masuk pada 22/6.2015. Bila ingat balik masa hari pendaftaran tu Ya Allah.. Rasa cam nak nangis je sebab banyak benda berlaku.

1. tertinggal slip spm
2. datang lambat
3. daftar lambat

Tak banyak pun sebenarnya. Alhamdulillah dengan izin Allah  dapatlah aku jadi warga ipg ini. Kalau tak habislah aku nak sambung belajar mana T_T.


Jadi, sedikit nasihat daripada si pembuat ralat tempoh hari, *huhu*

Kepada kawan-kawan yang nak mendaftar di ipgk tahun depan, baca buku panduan pendaftaran betul-betul dan ikutlah apa yang disuruh dalam tu. Amatlah disarankan agar anda  terus contact pihak ipg atau ipgk kalau ada sebarang keraguan mahupun kemusykilan.

Orait, hal antum fahimtum?


Maka,bermulalah perjalanan hidupku di IPGK Sultan Abdul Halim ataupun singkatannya, IPSAH.

Masa memula sampai kolej kediaman rasa cam amazed sikit. Sebab aku rasa bangunan ni cantik haha. Serius bagi aku style la juga. Mungkin sebab aku tak pergi lagi mana-mana ipta dan mana-mana ipg lain. Dan tak pernah duduk asrama. Jadi expektasi aku tak tinggi mana. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Lepas habis daftar, masuk bilik angkat barang, jumpa roomate, solat Zohor pastu bermulanya Minggu MPPB. Minggu Pendaftaran Pelajar Baru. Serupa je dengan Minggu Orientasi. Lepas habis minggu orientasi baru perasan muka classmate sorang2. Alhamdulillah, classmate semua cenggini ha *thumbs up*. Havoc dan gila2 belaka.


Sebab tak banyak gambar nak share, jadi bosan pula tulis panjang-panjang. Maka berakhirlah kisah MPBB. Ok sambung lagi sikiiiiit je pasal Ipsah.

 *gambar credit to Kak Mila <3

Inilah sedikit gambaran Ipg Kampus Sultan Abdul Halim yang tersergam indah.
Kampus ini tidaklah sebesar kampus lain. Akan tetapi, dia ada kelebihannya yang tersendiri. Haaa~
Antaranya ialah, kolej kediaman dekat dengan kuliah, dan tempat makan yang dekat. Depan kampus kami ni ha. Dan mudah lah kalau nak pi mana-mana tempat dalam kampus ni. Alhamdulillah.


Senior-senior pun semua daebak. Ada sekali ni aku salam sorang senior masa solat tarawih. Dia tanya aku orang mana.Pastu kebetulan roomate dia orang selangor. Terus dia ajak aku datang bilik dia, malam tu jugak untuk jumpa kawan dia tu. Bukan roomate dia seorang sahaja , haa hampir semua gegirls kelas dia, dia perkenalkan. Sebab depa dok lepak kat bilik dia hahaha.


Ya Allah serius baik sangat.
Memang dapat rasa sangat biah yang hasanah sesama muslim.

Lectures pun baik dan sangat membantu. Bila rasa down sebab madah kami agak berat ditambah assignments, depalah yang cheer up kami. Bantu apa yang tak faham. Ya Allah bersyukur sangat. Semoga sampai habis belajar, masih lagi dibantu dan diberi semangat seperti ini.


Dan serius aku katakan, aku dah mula sayang tempat ni walaupun baru sekejap masuk.
Semoga ikatan antara warga Ipsah semakin kukuh dan berkekalan walaupun sudah posting nanti.

Ecehhhh ayat dah gaya macam nak habis Sem 8 lak.



Bittaufiq wannajah kepada mereka yang sambung study ^^
Semoga kita sentiasa kuat dan tak futur sepanjang tempoh pengajian. Chaiyok!!!