Masa semakin pantas berlalu
meningalkan aku yang terkapai-kapai
mencari kepuasan dunia
Apabila tiba saat untuk pergi
aku masih lagi tak bersedia
tak punya bekalan apa-apa
yang ada cuma dosa
masih mengharap masaku dipanjangkan lagi
namun yang namanya ajal tidak lewat sesekali
tanggunglah azab yang menanti kerana kealpaan diri
Wahai diri, ingatlah sebelum terjadi
masa yang ada jangan dibuat berjoli
kerana jika kita sudah ke sana nanti
tak mungkin akan kembali lagi
ke dunia yang fana' ini.
-AmirahYusoff-
No comments:
Post a Comment